WHAT's up ? how your day ? say HELLO to a nice day and MEMORY Follow or Dashboard

Thursday, 30 January 2014

2 februari

   Ahad ni , 2 februari . Lepas dari tarikh tu aku nak mulekan hidup baru . Aku dah banyak menderita sebelum ni . Aku harap ade sesuatu yang berlaku hari ahad ni . Dulu aku tak sabar nak tunggu tarikh tu sebab dia akan wish then belikan hadiah anniversary . Tapi sekarang aku malas nak harapkan pape dari dia . Aku just nak dia bahagia je . Aku hanya mampu rindukan dia je . Aku taknak perkara sama berulang lagi . Sorry
TANZ SYS COZ READING ^_-

Tuesday, 28 January 2014

Me and him part 3

   Kenape dia tweet macam tu ? Aku tahu dia tengah bahagia , sebab tu aku undurkan diri . Please jangan buat aku rase bersalah . Anyway , aku masih menanges sebab dia tapi aku tahan . Aku taknak down sebab nanti aku sakit balik . Bile pergi mane mane , mesti teringat dekat dia sebab dia seorang yang sabar melayan karenah aku . Kenape awak lepaskan saye kalau hati masih sayang ? Dia seorang je kawan aku yang sanggup habiskan duit dia sebab aku . Dia sanggup berkorban nyawa sebab aku . Aku masih sayangkan dia . Rindukan dia . 2 februari 2011 , tarikh keramat yang akan ku ingat hingga akhir hayat aku . #nadymar

Nurnadhirah shamira bt jamsary


TANZ SYS COZ READING ^_-

Thursday, 23 January 2014

noob

     Dah jumpe penganti aku ? Goodjob . Baguslah , sekurang kurangnya dia dah bahagia . Aku pulak ? Tak pernah terfikir pon nak cari lain atau penganti dia . Aku still setia pada yang satu . Aku bukan jenis yang senang senang nak cari yang lain la . Not my type . Tapi kenape malam tadi aku mimpi kan dia ? Yang ni pelik . Sebab ade orang cakap kalau kita mimpikan dia maknanya orang tu rindukan kita . Macam pelik benar statement tu . Mungkin satu petunjuk ? Mungkinlah . Whatever la . Perkara dah lepas , lupekan je . Apa apa pon aku still rindu n sayang dekat dia . " perasaan " tak betul dah datang balik . Rilek rilek . Hehee

" as soon as be myself , dyra "
TANZ SYS COZ READING ^_-

hello stalker ♥

  Yang tengah stalker blog aku ni , sila komen di bawah ni . Nak tahu sape yang tengah stalker .
TANZ SYS COZ READING ^_-

Wednesday, 22 January 2014

Me and him part 2

    Sejak dah berpisah dengan dia , fon aku dah simpan dalam kotak . Aku taknak ade kaitan dengan dia lagi . Aku bukan sempurna dekat mata dia , tu sebab dia dah tinggalkan aku . Aku tahu aku banyak kelemahan n kekurangan . Dia mesti tengah bahagia sekarang ni . Aku pulak ? Tetap dengan diri aku . Aku memang dah agak perkara ni akan terjadi sebab aku dah dapat mimpi . Apa pon aku doakan yang baik baik untuk dia . :)

By : nurnadhirah shamira


TANZ SYS COZ READING ^_-

adakah ini petunjuk ?

   sejak akhir akhir ni , asal aku teringat dekat dia .hmm . rindu ? memang rindu pon . sayang ? entahlah , sebab hati aku rasa kosong sejak beberapa bulan lepas . aku belum sedia nak berhadapan dengan dia lagi . walaupun sebelum dia tinggalkan aku , aku mintak dia tunaikan janji janji dia dekat aku . tapi sekarang aku dah tak kisah pasal janji janji tu . suka hati dia nak tunaikan ke tak . aku taknak cakap pape dah . aku taknak sedih sedih dah la . hmmmmmmmmm .
   semalam pergi no pin upu . then boleh pulak akhir no ye no 31 . Ya Allah , ni petunjuk ke kebetulan ? lagi seminggu nak hampir dengan tarikh keramat tu . aku takut . tak sedia . bercampuk aduk perasaan .

" ya Allah , engkau berikanlah aku petunjuk yang muhd ammar bin mohd hamsah akan kembali atau tidak . aminn "
TANZ SYS COZ READING ^_-

Tuesday, 21 January 2014

Me and him part 1

    Hari ni , hari selasa bertarikh 21 januari 2014 , aku dapat keluar rumah setelah sekian lama tak keluar rumah . Lepas ni aku akan berkurung dalam rumah sampai result spm . Mungkin . Aku belum sihat sepenuhnya . Perlukan mase lagi untuk membaiki diri . So tadi dapat jumpe kawan kawan kelas , cikgu n junior .
   tengah happy dengan kawan kawan , tertiba ternampak dia pulak , memang aku tunduk je la . Hidup aku perit kot . Then lepas balik dari makmal fizik , kelas dia ade kat makmal kimia pulak . Memang la aku kena bahan dengan bebudak kelas tu . Ya Allah sedih ye aku mase tu . Dah nak nanges aku mase tu tapi nasib baik poogu pimpin aku . Hmm .. aku dengan dia dah takde pape hubungan . Dia nak bersendirian  so maknanya dia dah pergi dari hidup aku . Aku pulak nak pergi dari sini . Kalau boleh hilangkan ingatan pasal dia , aku dah lame buat . Ape pon hanya berdoa dekat Allah untuk diberikan petunjuk .


TANZ SYS COZ READING ^_-

gadget

    Ni antara gajet gajet yang aku impikan . Tapi kalau ade rezeki , aku try nak tunaikan impian aku ni , ngee .
samsung nx1000

samsung nx1000

asus laptop tablet

samsung galaxy s4

samsung galaxy mega


TANZ SYS COZ READING ^_-

cik nadynunasha


♥ NURNADHIRAH SHAMIRA BT JAMSARY
♥ NADY , NADZ , DYRA
♥ 9 MARCH 1996
♥ SWEET 18
♥ EX STUDENT : SK ASSAM JAWA & SMK SULTAN ABDUL AZIZ , KUALA SELANGOR

LIKES :
♡ CHOCOLATES
♡ OBSES WITH PINK COLOUR
♡ SOMETHING CUTE
♡ CATS
♡ LOVE ME AS MYSELF

DISLIKES :
● SOMEONE MAKE ME HURT


" as soon as be myself , dyra "


TANZ SYS COZ READING ^_-

Monday, 20 January 2014

hmm :'(

Nangis bila taip :') . Awak , awak nak tahu tak ? Ramai sangat yang ziarahi saya :) tapi saya pelik kenape diorang menangis ? Awak , diorang baiklah :) diorang mandikan saya lah , guna sabun , airnya pun sejuk :) Awak , diorang bedak kan saya lah , pastu diorang pakai kan wangian pulak tu :) wangi sangat baunya macam air mawar :) Awak , saya dapat baju baru :) warna nya putih semua :) bersih pulak tu :) Awak , diorang baik lah :) diorang solatkan saya lah :) tapi tak tahu macam mane nak berterima kasih dekat diorang Awak , saya dapat kereta baru lah :) ianya boleh bawa saya ke rumah baru saya pulak tu :) tapi saya sunyi lah awak rumah baru saya tiada sesiapa nak meneman saya lah gelap pulak tu Awak , tolong saya saya takut duduk sorang sorang nie tapi dah memang takdir saya kat rumah baru saya lah awak saya redha jea :) Allah lagi menyayangi saya :) Awak , nanti selalu ziarahi rumah baru saya tau ? Bawak lah sedikit air dan bunga untuk ditabur di rumah saya nie :) tapi jangan lupa awak ! Saya nak Al- Fatihah dari awak dan sedikit doa agar saya tenang dan tidak sunyi dalam rumah baru saya ini :) Awak , kenape awak sedih nie ? Nie yang saya tak boleh nak tengok nie Awak ! Jangan lah menangis kat rumah saya nie saya sakit tahu tak ? Cuba awak senyum boleh kan ? Saya tak boleh nak lapkan airmata awak lagi awak sedih , lagilah saya sakit . #tnggu masa bila aku pulak :) ikhlaskanlah relakanlah semua yang hidup pastikan matii :)
TANZ SYS COZ READING ^_-

tarikh keramat :/

   Makin lama makin dekat pulak tarikh keramat tu . Dulu tarikh tu yang aku tunggu tunggu ,tapi sekarang tinggal sejarah je . hmmm lupekan je la . Dia bukan milik aku lagi . Aku patut teruskan kehidupan aku . Dia pon dah bahagia dengan orang lain . Sakit kot tengok orang yang kita pernah sayang bahagia dengan orang lain . Allah dah tetapkan jodoh memasing sejak dalam perut lagi . So sabar n redha apa yang terjadi ni . Just tenangkan diri je . Jangan lupe berdoa dekat Allah agar dipermudahkan segala urusan . :)

" as soon as be myself , dyra "
TANZ SYS COZ READING ^_-

To you

    Kalau kau sayang aku , kau takkan tinggalkan aku walaupun terpakse . Kau pon dah besar , dah matang n dah boleh fikir sendiri mane yang baik buruk . Aku taknak buruk burukkan name kau n reputasi kau . Aku hanya mampu doakan kebaikan n kebahagiaan kau sahaje . Kalau ade jodoh , ade lah . Kalau takde , redha dengan ketentuan Allah . Aku memang rindu n sayang kat kau . Terima kasih banyak banyak untuk selama ni . Halalkan makan minum , duit , barang yang pernah kau bagi dekat aku .

By : NURNADHIRAH SHAMIRA


TANZ SYS COZ READING ^_-

Hello stalker

   Ade orang stalker blog aku la . Yang aku tahu stalker blog aku , si asrina je . Ade lagi yang stalker blog aku . Hahaa . Nak tahu pasal life aku la tu . Aku still jadi diri aku . Walaupun " boyfriend " sudah lari , hidup mesti kena teruskan jugak . Padahal mase first first kena tinggal , meraung tak sudah . Hahaa . Itulah aku . Tapi nasib baik seminggu je meraung pastu dah ok dah . Wat rilek wat peace je . Ngee . Tipu la kalau tak rindu dia kan ? Hmmm biar pendam je perasaan rindu tu , tak payah diluahkan , hahaaa .

" as soon as be myself , dyra "


TANZ SYS COZ READING ^_-

Please dont remind me :(

   Asal la ade orang ingatkan aku pasal dia . Hmm .. cukuplah panggil aku dengan name dia . Lagi pun mungkin dia dah jumpe penganti aku . Please lah jangan panggil aku camtu lagi , buat aku sedih je . Dia memang dah tak sudi dengan aku , takkan nak pakse pakse kan . Dia sendiri yang cakap " kalau jodoh tak kemane " . Tapi bagi aku , " dah takde jodoh " . Betul tak ? Ngee .
   Esok aku dengan kawan kawan aku pergi sekolah sebab nak settlekan hal yang tertangguh , harap tak serempak dengan dia . Mahu menanges aku dekat situ kalau terserempak dengan dia . Aku kena kuat . Dan ingat " kalau ade jodoh , insyaAllah ade " .

"As soon as be myself , dyra "


TANZ SYS COZ READING ^_-

Friday, 17 January 2014

My life ♡

List to do for my new life :
● get license motorcycle and car (  )
● new handphone (  )
● be happy with life (  )
● friendly with each other (  )
● travel to oversea (  )
● to be a doctor in one day , amin (  )
● enjoy with my friends (  )
● try dont fall in love again for a while (  )
● do something awesome with my buddyz (  )
● smile always (  )
● dont find another boy to replace him (  )

TANZ SYS COZ READING ^_-

Thursday, 16 January 2014

seronok

      Happy kot malam ni . Semua kawan kawan aku happykan aku kat wechat . Macam la dorang tahu aku tengah sedih petang tadi . Ni la baru dipanggil kawan yang awesome . Hehee . Bulan 2 nanti kite jumpe ye . So sabar la korang ea , aku rindu banget kat kamu semua . Hahaa . Waiting for me . New of me . ♥♥

" as soon as myself , dyra "
TANZ SYS COZ READING ^_-

Sedih

     Serius aku nak sangat jumpe kawan kawan aku . Aku nak peluk , nak nanges kat dorang . Aku takkan bagi tahu sebab ape aku jadi camni . Aku nak lari dari semua masalah ni . " YA ALLAH , ENGKAU BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENEMPUH SEGALA UJIAN DAN DUGAAN INI . "

     Aini , as , jihah , raihan , jaa , mira , kivaan , salam , aku perlukan korang sekarang ni . Hati aku rapuh untuk menerima semua ni . Aku dah jatuh . Aku tak kuat . Korang , aku perlukan korang tapi aku taknak bagi tahu hal yang sebenar . Hidup aku bukan macam dulu . Nanti bila bila aku try contact korang balik . Aku perlukan ketenangan hidup yang cukup baru aku jumpe korang .


TANZ SYS COZ READING ^_-

Wednesday, 15 January 2014

mimpi si dia

malam tadi aku bermimpi pasal dia selama 3 kali . adakah tu petunjuk yang dia akan kembali ?aku taknak buat spekulasi dulu . kalau beberapa hari berturut turut still mimpi yang sama , maknanya betul la dia akan kembali . " Ya Allah , kalau dia jodohku , engkau dekatlah dia dengan aku . amin "
TANZ SYS COZ READING ^_-

DEMAM :(

   Hari ni dah tak sihat . Hmm . Ikutkan dah 2 bulan sakit . Harini just demam selsema . Takpelah ni semua ujian yang Allah untuk aku . Aku hanya manusia yang lemah . Aku kena kuat . nasib baik perasaan sedih n memacam tu dah makin ok . So sekarang ni just kena tukar penampilan n teruskan kehidupan yang happening n havoc . Hahaa . Just chill . Stop to sad about love . :)

" as soon as myself , dyra ♥ "
TANZ SYS COZ READING ^_-

cinta terakhir


mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan Tuhan
TANZ SYS COZ READING ^_-

Nothing post

    Disebabkan laptop buat hal beberape hari ni , so susah nak update blog . So nasib baik ade tab atuk . Tu pon pinjam je . Ngee . Its okay . Nak beli laptop baru , kena tunggu masuk u nanti . So sekarang ni pkai laptop ayah yang dah lame tersadai tu je . Hehee .
   Sekarang ni tengah usha usha handphone baru . Nanti boleh mintak kat ayah nanti kalau ade rezeki . Hehee . So kena decide betul betul nak handphone ape . Takut menyesal nanti . :)


TANZ SYS COZ READING ^_-

Monday, 13 January 2014

penampilan baru

    bila dah ade kehidupan baru ni , penampilan diri of course la nak baru jugak kan . ngee . sesekali ubah penampilan kan , apa salahnya . as long as make me happy . peduli la apa orang nak kata kan . mulut orang memang tak boleh tutuppon . so sabar sebaik mungkin .
    first , tukar style rambut . sebenarnya dah lame nak tukar style rambut tapi disebabkan exam spm yang lepas , so niat tu tertangguh seketika . tahun baru ni barulah boleh sambung niat tu . huhuu . ni antare style rambut yang aku bakal pilih :





    comel kan style rambut tu ? so tak tahulah nak pilih yang mane .. hmm . yang kedua pulak , tukar fashion pakaian yang nampak matured tapi still comel . hehee








TANZ SYS COZ READING ^_-

Sunday, 12 January 2014

something that i like

   memacam benda aku suka . aku suka benda yang comel kiut miut gitu . lagi lagi kalau benda tu warna pink . hehee . dulu time sekolah rendah , kalau boleh semua barang aku semua nak warna pink .hahaa .macam lawak je bila ingat balik .takpelah mase tu belum matured lagi . lagi suka zaman bebudak berbanding sekarang . hmm . kebahagiaan akan datang tak lama lagi . so sabar je . sabar kan separuh daripada iman . huhuu .
    ok back to the story , aku suke movie ISTANBUL AKU DATANG & HANYA AKU CINTA KAMU SEORANG . dua dua movie ni comel sangat bagi aku . then banyak pengajaran boleh dapat dari movie tu . bagi aku movie ni ade kena mengena dengan kehidupan aku . movie yang paling aku suke , movie istanbul aku datang la sebab comel sangat . kan aku dah cakap aku suke benda yang comelcomel ni .


  ok , aku nak try jadi macam " dian " dalam movie tu . comel kot dia . tapi bukan bemakna aku tak jadi diri sendiri ye .aku just tukar personaliti je . yela nak kembalikan mood ceria n comel aku . hahaa
TANZ SYS COZ READING ^_-

SENYUMAN DI MUKA

   

     tadi stalker blog blog orang lain , then terjumpa satu tips untuk kembali ceria seperti sebelum ni . so amat sesuai la tips ni untuk aku buat masa sekarang ni . takkan la nak bersedih je kan ? yang dah pergi , biarkan je la . now , mulakan hidup baru dengan senyuman . ok, bawah ni antara tipsnya :
  • sentiasa berfikiran positif
  • selalu memaafkan kesalahan orang lain
  • bergaul dengan kawan yang boleh ceriakan anda balik
  • jangan terlalu memikirkan masalah ( tak payah fikir pon takpe )
  • lakukan aktiviti yang anda suka 

TANZ SYS COZ READING ^_-

life without social life

selama beberape bulan , aku dah deactivekan semua laman sosial yang aku ada . sakit hati n sedih bila dikenangkan . hurmmm .. sekarang aku just berblogging je . kat sini la semua aku luahkan semua perasaan aku . aku nak hidup sendirian buat seketika . henset aku pon aku dah simpan sebab aku nak lupakan si dia . pada mulanya memang susah , tapi lama lama dah ok . aku just suka duduk dalam rumah buat masa sekarang ni . novel novel yang aku pernah beli dulu aku baca tiap hari .setakat ni ade berape belas novel yang aku dah kumpul . cukup bulan baru beli novel lagi untuk buat stok beberape bulan ni . lepas spm , aku tak cari kerja sebab tertentu . so ade mase ni aku nak memperbaiki diri aku ni . dalam kepala aku bermacam benda aku nak buat . tapi ntah bila la nak buat . its ok and keep smile :)
TANZ SYS COZ READING ^_-

darjat - fattah amin

 

 

TANZ SYS COZ READING ^_-

kirasarai asnamihah

     KIRASARAI ASNAMIHAH merupakan satu geng yang ditubuhkan oleh kivaan . ikutkan just geng wechat je .tapi lama lama jadi geng yang awesome . ahli dalam geng ni semua sporting , open minded dan yang paling penting bukan hipokrit , jenis tikam belakang kawan .

   pernah satu hari ni , geng ni berpecah sebab ade pernambahan geng . ade yang setuju , ade yang tak . last last semua rahsia terbongkar then orang tu hina salah sorang geng ni . memang tak patut betul . wahai orang tu jangan ingat engkau sempurna sangat la , aku tahu ape yang jadi sebenarnya . watch you mouth ! sekarang ni aku tengok kau dah mula dapat dugaan dari apa yang kau telah buat kat kawan kau sendiri . kawan yang kau kenal dari form 1 , kau hina .sekarang kau dah ade kawan baru , kau lupekan semua . takpe aku tak kisah . aku maafkan semua kesalahan kau .

  balik dekat tajuk entri , geng ni mempunyai lapan orang ahli . ni semua ahli kirasarai asnamihah :
  • kivaandra dayaa rao
  • muhd nor salam
  • nur amira nabila
  • nur rajaa nazirah
  • nurnadhirah shamira
  • nurul asrina
  • siti nur najihah
  • raihan afiqah
salam & kivaan

jaa

mira

nady

jihah

asrina


TANZ SYS COZ READING ^_-

MENCARI DIRI YANG DULU

sebelum bercintan dengan dia , hidup aku happy go lucky . tapi lepas setahun kenal dia , hidup aku dah lain . macam tak boleh berdikari dah . i dont know what happen to me . aku tanye kawan kawan aku yang aku dah lain ke masa aku form 5 . dorang cakap memang aku dah lain sebab aku suka menyendiri dari dorang . ouh ok . aku dah banyak berubah bila berkenal dengan dia .dia juga mengajar aku tentang kehidupan yang sebenar . tapi yang lama kelamaan diri dia yang dah berubah . perubahan pada diri seseorang tak semestinya selamanya mahupun sementara . semua tu bergantung dekat orang tu la . aku tak tahu la sama ada aku still nak tunggu dia lagi ke tak , kalau aku masih mampu tunggu dia , aku akan tunggu la . tak pernah terdetik dalam hati aku ni nak cari penganti dia . bagi aku cukup la setakat untuk semua permainan ni . biar aku sendiri cari diri aku yang sebenarnya . walaupun aku dah hilang dia tapi aku masih ada Allah SWT .
TANZ SYS COZ READING ^_-

masih mencintainya -papinka-

 lagu ni sedikit sebanyak ade kena mengena dengan apa yang aku lalui , its okay hidup mesti diteruskan walaupun perit . doakan yang terbaik untuk diri aku dan dia . senang cerita . bawah ni ade lirik lagu masih mencintainya :


Jika teringat tentang dirimu 
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu 
Kasih sayangmu padaku
 
Kini kau bukan milikku 
Dan berakhir sudah cintaku 
Biarkan saja hatiku bicara 
Ku masih sayang padamu
 
Aku selalu mendoakanmu 
Agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya
 
Mengapa mudahnya hatimu mendua 
Ku lapangkan dada walau aku terluka 
Semoga bahagia bersama dirinya 
Karena kau telah memilih dia
 
Betapa sakitnya apa yang ku rasa 
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka 
Semoga ku bisa tuk melupakannya 
Karena ku masih mencintainya
 
Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku 
Biarkan saja hatiku bicara 
Ku masih sayang padamu
 
Aku selalu mendoakanmu 
Agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya
 
Mengapa mudahnya hatimu mendua 
Ku lapangkan dada walau aku terluka 
Semoga bahagia bersama dirinya 
Karena kau telah memilih dia
 
Betapa sakitnya apa yang ku rasa 
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya 
Karena ku masih mencintainya

TANZ SYS COZ READING ^_-

Saturday, 11 January 2014

naluri seorang perempuan

bukan mudah nak lupekan seseorang yang pernah bahagiakan kita kan ? itulah yang aku lalui sekarang ni. aku tak tahu sebab apa dia tinggalkan aku sebenarnya . dia just cakap untuk kebaikan aku . aku tahu dia tinggalkan aku sebab dia nak bebas . maklumlah LELAKI kan . faham faham je la . aku tak tahu yang dia akan kembali dekat aku ke tak . tapi naluri aku mengatakan dia akan kembali . hmm ntah la , tak berani nak cakap apa apa . even dia dah tinggalkan aku , dia tak lepaskan aku lagi . dia tak sanggup orang lain rampas aku dari dia . itu yang pernah dia cakap kat aku sebelum ni . tapi sekarang mungkin dah berubah . dia bukan yang dulu lagi . dia dah dewasa , dah matang . nak taknak , sanggup tak sanggup kena juga terima kenyataan . kenangan dengan dia yang buat aku susah nak lupekan dia . sampai bila bila pon aku takkan lupekan dia . aku juga kena terima dugaan ni dengan redha . aku sayang dia sangat sangat , rindu dia . hanya berdoa sahaja untuk luahkan semua ni . nescaya Allah akan makbulkan doa kita . aku tak sanggup tengok dia bersama dengan orang lain ,tapi kalau itu yang dapat bahagiakan dia . aku hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan dia .

setiap manusia dicipta mempunyai pasangan masing masing . hanya perlu bersabar dan berusaha mencari kebahagiaan sendiri . kalaulah naluri aku betul , insyaAllah aku cuba berkawan sahaja dengan dia buat sementara waktu ni . semakin hari semakin kuat naluri aku mengatakan dia akan cari aku balik . "Ya Allah engkau berikanlah aku petunjuk untuk semua ni dan tabahkanlah hatiku ini untuk menghadapi dia,amin"
TANZ SYS COZ READING ^_-

LUKA

sekarang aku kena mulakan hidup baru tanpa dia . tunjukkan kat dia yang aku boleh . aku taknak berdendam dekat dia walaupun dia dah buat hidup aku hampir musnah .aku tahu Allah Maha Adil . setiap apa yang dah berlaku ade hikmah dan balasannya . slow slow aku bangkit semula ,then cari kebahagiaan aku yang telah hilang selama setahun iaitu sepanjang tahun 2013 . thanks dekat kawan kawan rapat aku yang bagi support dan doakan yang terbaik untuk aku . semua laman sosial aku dah deactive kan .fon aku pulak aku simpan dalam kotak ,seriusly dah malas nak contact sesiapa dah . maybe masa ambil result spm nanti baru aku jumpe kawan kawan aku .2 februari ni , aku nak pulangkan semua barang yang pernah dia bagi kat aku . yang aku pasti ,mesti dia buang barang tu atau dia bakar . walaupun sayang dengan barang barang tu semua ,aku taknak sedih lagi dan aku try lupekan semua pasal dia n kenangan dengan dia .aku tahu aku boleh . AKU KUAT UNTUK TEMPUH SEMUA NI . insyaALLAH . :)
TANZ SYS COZ READING ^_-

kehidupan baru

assalamualaikum
k memang dah lama tak post something kat blog ni
dah bersawang blog ni, tapi takpelah ..
tahun 2013 yang lepas banyak tinggalkan pelbagai kenangan yang manis dan pahit
walaupun dah tak jadi budak sekolah , kehidupan lepasni banyak cabarannya ..
so tahun baru ni kena mulakan kehidupan baru walaupun perit
selama 3 tahun dijaga oleh seseorang tapi sekarang ni ditinggalkan tanpa sebab , sabar je la
semua yang berlaku ade hikmahnya dan maafkan segala kesalahan orang lain .
biar orang buat kita tapi jangan kita buat balas balik
so redha apa yang dah terjadi
insyaAllah ade yang terbaik lepas ni,cuma cepat atau lambat je..
teruskan kehidupan dan senyum :)
TANZ SYS COZ READING ^_-

Daisypath Anniversary tickers
 
HAK MILIK NADY NUNASHA 2015/2016